Dasar politik Ahmad_Shabery_Cheek

Kerajaan Negeri

  • 2004- Feb 2008 - Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti TATi (TATiUC)
  • 2004- Feb 2008 - Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
  • 2004- Feb2008 - Ahli Majlis Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)

Bertemu Blogger

Setelah menjadi Menteri Penerangan pada 2008, beliau memberitahu kepada semua blogger supaya dapat diadakan perjumpaan dengannya. Beliau juga memulakan program "Blog" di RTM yang memanggil bloggers-bloggers untuk di wawancara. Antara bloggers yang pernah dipanggil termasuklah bloggers Raja Petra dan juga kuda kepang. Program Blog ini telah membuka peluang kepada bloggers untuk keluar dan memberikan pandangan mereka di televisyen milik kerajaan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.[9]

Debat harga minyak

Beliau pernah berdebat dengan penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengenai harga minyak anjuran Agenda Daily yang dibuat di Dewan Bahasa dan Pustaka.[10]

Transformasi ke arah pendigitalan RTM

Semasa menjadi Menteri Penerangan Malaysia, beliau telah melakukan pelbagai perubahan terhadap siaran Televisyen kerajaan yang telah menjadi malap supaya ianya sesuai dengan kehendak penonton. Ini termasuklah usaha mentransformasikan siaran dan saluran RTM daripada siaran MONO ke Digital. Dalam usaha ini perlbagai perkara telah dilakukan dan dirancang termasuklah mengujudkan beberapa saluran baru di RTM. Ini termasuklah siaran RTMi, iaitu satu saluran khusus untuk lagu-lagu dan video-video klip kumpulan dan penyanyi tempatan yang memulakan siarannya di saluran 108 astro. Beliau juga telah mengujudkan "unit Bencana" iaitu satu unit khusus bagi membuat liputan langsung kejadian bencana yang berlaku di seluruh negara. Beliau juga telah mengujudkan program "Pertukaran Malaysia-indonesia" iaitu program pertukaran berita yang dibuat secara live antara RTM dan TVRI. Secara keseluruhannya perubahan-perubahan ini telah membawa kepada peningkatan jumlah penonton kepada RTM.[11][12]

Transformasi Pembangunan Belia (Parlimen Belia)

Dalam usaha mentranfsormasikan Pembangunan belia, beliau telah mengarahkan satu makmal transformasi pembangunan belia diadakan yang disertai oleh pelbagai golongan belia. Hasil daripada makmal tersebut, telah mencapai beberapa cadangan baki memperbaiki usaha pembangunan belia negara. Ini termasuklah candangan untuk mengadakan Parlimen Belia. Parlimen Belia ini adalah bagi membolehkan belia-belia yang dilantik menyertainya membahaskan dan membincangkan isu-siu yang berkaitan belia bagi membantu kerajaan untuk menyesuaikan usaha-usaha pembangunan belia yang sesuai dengan kehendak semasa.[13]

Himpunan Sejuta Belia

Beliau telah mentranformasikan sambutan Hari Belia Negara daripada satu sambutan berbentuk acara pelancaran ke suatu acara besar yang penuh dengan pelbagai akviti yang dilaksanakan di Putrajaya. Bermula dengan Hari Belia Negara 2010 yang dihadiri lebih 250 ribu orang, ia menjadi himpunan Sejuta Belia 2011 yang dihadiri lebih sejuta belia dalam program tiga hari di Putrajaya. Pada Tahun 2012 ianya menjadi Himpunan Jutaan Belia yang dihadiri lebih 2 juta belia menyertai lebih 500 aktiviti dalam 38 segmen. Semua aktiviti melibatkan kesukanan kecergasan, kreativiti dan kesenian, kerohanian dan keilmuan. Himpunan jutaan belia diiktiraf sebagai satu acara yang dihadiri oleh paling ramai belia dalam satu-satu tempat selain pelbagai anugerah lain. Semua aktiviti adalah berkonsepkan dari belia, oleh belia, untuk belia.[14]Himpunan ini kini dinamakan sebagai Karnival Belia Putrajaya mulai tahun 2013

Industri Sukan

Bagi menyesuaikan pembangunan sukan dengan apa yang belaku diseluruh dunia, beliau telah mencadangkan agar Malaysia membangunkan sukan sebagai satu industri. Ini bagi membolehkan sukan dinegara ini dibangunkan dengan lebih baik dan membolehkan athlit dan mereka yang bergiat dengan sukan memperolehi pendapatan yang lebih baik.Menjadikan sukan sebagai satu industri bukanlah satu perkara baru kerana ianya telah lama diamalkan di negara-negara maju dan membangun yang lain. Buat permulaan tahun 2013 telah dinamakan sebagai tahun industri sukan dimana pelbagai progam telah diadakan. Kesedaran mengenai kepentingan industri ini telah mula berkembang dan mula diterima di Malaysia.[15]

Perlawanan Amal Malaysia-Palestin

Hasil daripad lawatan Perdana Menteri ke Gaza, beliau telah mengilhamkan satu perlawanan amal antara pasukan bolasepak Malaysia dan Palestin. Perlawanan tersebut yang diadakan di Stadium Darul Makmur adalah bagi mengumpulkan dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Palestin. Bagaimanapun dengan berlakunya serangan oleh pengganas ke atas Lahad Datu, Kutipan itu telah ditambah juga untuk Tabung Lahad Datu yang diberikan secara 50-50. Kutipan keseluruhan hasil sumbangan orang ramai, syarikat tempatan dan juga hasil jualan tiket telah melebihi sasaran awal RM1juta.[16]

Kayuhan Patriotik

KBS telah menganjurkan Kayuhan Patriotik yang telah di sertai oleh YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, pegawai kanan kerajaan dan lebih 10,000 orang. Kayuhan ini dibahagikan kepada dua katogeri iaitu ceria sejauh 12kilometer dan cergas, sejauh 20kilometer yang meliputi keseluruhan mengelilingi Putrajaya. Kayuhan ini sebgai lambang mempertahankan Putrajaya ini merupakan satu acara kayuhan terbesar pernah di adakan di Malaysia.[17]

Konsert Harmoni dan Uniti

Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia, buat julung kalinya satu konsert "Harmony & Unity" yang menampilkan persembahan artis terkemuka dari kedua-dua negara diadakan di Dataran Merdeka di ibu kota pada 25 Ogos. Tarikh 25 Ogos dipilih kerana ia terletak antara tarikh sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini dan Indonesia pada 17 Ogos lepas. Konsert ini disertai oleh artis-artis terkenal dari kedua-dua buah negara, dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen di kedua-dua negara.[18]

TV Nusantara

Bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara media Malaysia dan Indonesia Dato' Sri telah mencadangkan pengwujudan stesen TV Nusantara untuk saluran berita global dalam usaha menyebarkan maklumat lebih tepat kepada masyarakat dunia. Gagasan TV Nusantara itu yang menggunakan bahasa Melayu dalam penyampaian beritanya, kata beliau, adalah sesuai dengan trend semasa media di beberapa negara utama dunia untuk melaporkan berita dalam saluran TV global mengikut kaca mata masing-masing dengan menggunakan bahasa sendiri. "Kalau dunia Arab ada Al-Jazeeranya, kalau dunia yang lain ada CNN, saya kira untuk dunia Nusantara ada TV Nusantaranya," katanya disambut tepukan gemuruh para pengamal media dari Indonesia dan Malaysia sewaktu beliau berucap pada majlis jamuan malam 'Keakraban Malaysia dan Indonesia'.[19][20]

Pemantauan Masa Nyata Penerbangan

Semasa Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia di Dubai anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) beliau telah menggesa agar ITU untuk mengkaji semula teknologi pemantauan data Penerbangan yang selama ini masih menggunakan data dari "Black Box". Gesaan ini dibuat ketika usaha mencari MH370, penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang semasa dalam penerbangan dan sehingga kini masih belum ditemui. Hasil gesaan itu satu dialog akan di anjurkan oleh ITU dan Malaysia sebagai tuan rumah akan diadakan dari 26 hingga 27 Mei 2014.[21][22]

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan Dato' Sri telah melaksanakan beberapa perubahan koesep salam Sambutan Kemerdekaan pada tahun 2013-2015. Pada Tahun 2013 beliau telah mencadangkan TEMA: Tanah Tumpahnya Darahku (dari lirik Lagu NEGARAKU). Tema ini dipilih kerana kena pada masanya sebagai memberi peringatan dan iktibar bahawa tiada siapa yang akan mempertahankan maruah negara kecuali rakyat Malaysia sendiri. Jika diteliti tema tersebut ia membawa maksud untuk menyemai sifat perpaduan yang berpaksikan kepada ungkapan patriotik dan kesatuan negara bangst. Ianya juga dipilih bagi memperingati perjuangan anggota keselamatan yang bertarung nyawa dalam mempertahankan kedaulatan negara. Tahun 2014 melihat TEMA: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta boleh dianggap sebagai satu yang istimewa kerana ia lebih menusuk kalbu. Ia bercakap mengenai kecintaan kepada negara dengan lebih mendalam lagi. Cinta bukan sahaja kepada negara tetapi melangkaui segala aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sambutan Tahun 2014 ini dibuat secara sederhana tetapi meriah dengan mengambil kira dua tragedi besar melibatkan MH17 dan MH370.

Rujukan

WikiPedia: Ahmad_Shabery_Cheek http://news.abnxcess.com/bm/2013/05/shabery-cheek-... http://ahmadfaizal.com/2013/03/25/perlawanan-amal-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan... http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgenera... http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php... http://koleksi-blog-rtm.blogspot.com http://pemudamalaysia.blogspot.com/2008/08/keputus... http://www.karangkraf.com/berita/nasional/pelantik... http://www.panduanmalaysia.com/2014/08/apa-makna-t... http://www.theborneopost.com/2013/01/22/mysportsfe...